Saturday, March 27, 2010

cinta?

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”


Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni…
Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.
Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku.
Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya
“Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja.
“Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.”
“Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk.
“Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah!
“Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu.
Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah.
Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
“Esok free tak? Boleh kita chatting?”
“Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
“Ok.Tq…” balasnya pula. Keesokannya, aku menanti awal dia online.
‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit… Wani: wah, rajinnya… baguslah!
Amin: hurm…
Amin: study macam mana?
Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic…
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata.
Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu.
Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu;

[pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka.]

Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa?
Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
“Ya bang, Wani turun…”
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta


get from someone

Saturday, March 20, 2010

uhibbukafillah !i_!i


assalamualaikum wa salam ukhwah fillah...

khai fahalukum ya sodiqi...



ary nie nak tlis sal kengkawan yg lme gle tak jumpe...
my buddy n geeny(ak pun tak tau maksdnye pe tp sdap je bnyi nye)uhu=)




this my lovely fwen...
beday dye semalam...
(:aku hope dy dpt bday kad yg aku pos..
kLau tak dapat gie marah posmen tue..bkan salah aku..tau:p

dye satu skul ngan my sis..prefec tue..
aku pun kalah..
aha

honestly...dye cantik kn?
cantik sesangat....
[bkan jeles eak]
hope kta leh jumpe anti...
tak tau la bile..
uhuhu




nie pun my fwenz..tapi tak de la rapat ane....
sorg satu skul ngan afini(yg atas tadi)
n sorg lagi conven studen...

lme tak contec dia org....
ade no fon tapi..
segan ar nak tegur..
kahkah...

^_^wei kome msj ar aku lue...
tak reti ar nak start..
aha_a



this my guys fwen....
tapi yg slalu contec juz syami(the blue unifom)

dye sportg...
cam fiza..aku tak tau nak msj dye cam ne..
ahaha...

deme satu skul..
slimriver...

antara kawan laki yg aku pling rapat time skul rendah...
tak hipockrite[cam seteng dak]



dlam pic nie..
ade yg pnah jumpe ade yg tak...
kbnyakkn nye tak la....

[well gmbar agk plik skit]
tak de niat nak burukkn sape2..
saje je..tah gambar nie mengingatkn aku pade kome semue..
n gambar nie kn kat skul skkb..
so bnyk memory kat sane kn?

sayg gle la skul tue..
(walaupun bnyk kali aku nangis sbb skul tue)
uhuk...



nie gambar time last day sekolah..
tapi nie bkn gambar semua dak perempuan la..
sebahagian jer..
yg lain dah ilg..
n tak jumpe..
ahah

well de memory there is so sweet...
n sour..kuhkuh



tak bnyk pun gambar dak laki yg aku ade..
sbb depe segan la...
tah pepe tah...

tgkp gambar je rajin...
org tgkp gambar depe..
dah buat larian pecut 100 m...
adeh..

pnat arh...




siti damia amanda...
well shes pretty right?
[aguk je la...segan2 lak]

dia dak sarjana skang...
cuti nie try nak contec..
tapi cam dye bz..
so malas nk kacau...

dlu kt skul...
dye agk..gile[cam ak]
thatz y kta org agk rapat...

tapi akue lagi rapat ngan fini...
till now..
cos dye still contec akue.....

n layan la aku yg tak bape nak betul nie..
ahaha



tue je la....
nak lagi k?
udah ar..
tak larat..
ain kali...
klau aku rajin...

tue sesape yg rase gambar nie belong tue korg...
sory ar ambik tampe izin..
well aku kt mmg cam tue..

kn..kn?



sekian...assalamualaikum..

n jus nak say pleaz ar contec aku..
exspecially dak laki..
akue tak reti cam ne nka start...

korg pun tak sportg encik syami..
ape da...






















Sunday, March 14, 2010

exam time^_^


assalamualaikum....
emm..nie nak cite time minggu exam minggu lepas..
haha..lawak je..huhu


bdak nie pun dah ala2 blur nak exam..cian dye..
haha..lets me help..
number 45 "F" i'm sure with that answer..don't worry



dlam minggu exam tue bleh plak aku nie kempunan nk makan tembikai...huhu then ayh cam tau-tau jeak...
ayh bli tembika..and malam tue time nak study tuk 1st day exam sok[bm,pi n geo]
gie la buat air..kekonon naik buat semangt gie study...[yo'o jeak]

leh nye buat air tembikai tue tak de maknenye study..duk agie depan tv tngok cte yg tak bape nak best tue...
tah ble nye study p0wn tak tau..haha
sebelum tido still la study tue p0wn pi jeak...
pg buta bngun study agie..then tido balik haha...
amende tah study nye...

berbekalkn study yag cukup'BAGUS' semalam exam la..
huh..alhamdulillah tak de yg bleh buat otak terbalik..
normal je ...

malam tue dah kan dah kesan sampingan tembikai terlebih..
haha..kn dah batuk tak berhenti....kuh..kuh
tue la ngengade agie..air tembikai ais la..tembikai fresh keluar peti sejuk la..
kn dah kna!!padan mke...haha

esoknye datang la sekolah dengan study yang lg better dr yg first tue...
exam susah tue..
kna study betol2..tak leh memain...[bi,sn n sej]
kLau tak studi alamat menempah malapetaka la tue..huhu..sn(amende yg aku hapal pun tak tau)
susa gle masuk otak..cikgu dah ajar punye ar bagus tapi tak masuk gak...
mybe dosa aku ngan cikgu tue bnyak kut..(erk..yeke?)adeh...
sej..sbjk yg taun lpas beberapa kali je dpat A....
skali dapat c..huh denda yg menakutkn...
argh...!

hari yg paling parah is hari jumaat....
exam khb satu jam....
dengan air yg sengaja tak bawa..konon kejap jer bleh tahan...
time exam bepuluh kali batuk..
haha...padan mke....tue la poyo lagi!!
siap ade plak yg duk nyibuk follow sesame batuk tue...
exam je la..ngengade lak..!

sipi lagi nak muntah time exam tue tapi tahan jeak...
lpas exam kawan tgur..'bpe pluh kali nk batuk?'
kahkahkah.........haha
ske aty aku la...

sekarang stilL lagi tak baik2..cam ne nak baik...ubattak makan..air sejuk bnyk kali minum
[hari2 tak penah miss]...dengan minum air masak pun sikit..
well aku kn memang tak bape nak minum air masak sampai bibir pun bnyk kali merekah...klau blan ramadhan lagi parah..hihi

kekadang aku rase cam dah tak larat nk batuk...
n sebenarnye kalau tak cakap tak de la batuk...
so tak yah cakap la..
ok i'm in de mood of silent now..
don't disturb...
ei..tak fahm k org cakap....
huh....







k..thats it..n its end...
pnat aku cerita...




4.22 pagi
(dasyat la aku)

Friday, March 5, 2010

MencaRi ILlaHi


Aku tidak faham. Mereka berdiri, tunduk separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud. Mereka mengulang-ulang perbuatan itu dengan mengangkat tangan, terkumat-kamit seakan membaca mantera. Diakhir dengan menoleh kiri dan kanan, seakan-akan baru keluar dari alam lain.

Lama aku menjenguk mereka ini. Aku tidak faham.

Apa sebenarnya mereka lakukan. Tidakkah letih. 5 kali sehari, setiap hari tanpa ada keringanan?

Tetapi, tidak langsung pada wajah mereka riak kepenatan. Jauh sekali kebosanan.

Apa sebenarnya mereka ini?

Seakan-akan makhluk lain yang wujud di alam semesta hari ini.

Aku terus memerhati. Sambil mencari makna yang tersembunyi.

Di dalam kehidupan sekelompok manusia bergelar Muslim.


*****


“Hoi terroris.”

Dia tidak menoleh.

Aku memanggilnya sekali lagi. “Hoi terroris”

Dia tetap tidak menoleh. Jauh sekali mengendahkan. Seakan-akan itu bukan panggilan yang layak untuknya. Aku jadi sedikit geram. Lantas bergerak menarik bahunya.

“Aku memanggilmu tadi. Apakah kau tidak mendengar” Suaraku sedikit tinggi.

Kali ini dia menoleh. “Namaku Mursyid. Seorang muslim, bukannya terroris” Lembut dia memperkenalkan diri, tetapi terserlah ketegasan yang tinggi dalam nada suara. Tanda dia punya rasa kehormatan yang tinggi.

“Bukankah orang Islam yang menghidupkan keganasan, meruntuhkan bangunan, membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak kecil?” Provokasi kukeluarkan. Sengaja kusembah petrol pada api yang kuwujudkan.

Mursyid tersenyum. “Mari duduk saudaraku” Tangannya menarikku dengan lembut. Bangku kayu berdekatan menjadi tempat landasan punggung.

Dari sini, aku dapat melihat ramai muslim yang keluar dari masjid. Selesai solat waktu petang mereka. Di tengah keterasingan suasana kehidupan, memandangkan ini tanah airku, bukan negara orang-orang Islam.

“Islam agama kami bermaksud kesejahteraan.” Suara Mursyid tenang. Seakan-akan mengusap lembut jiwaku. Ditambah pula senyumannya yang manis itu.

“Dan kami tidak akan membawa apa-apa melainkan kesejahteraan”

“Bohong. Bukankah orang-orang dari agamamu yang menyalakan api kekacauan? Meruntuhkan World Trade Centre dan mengancam kedamaian ummat?” Aku tidak berpuas hati.

Mursyid menggeleng. “Kalau kami perlu berperang sekalipun, perang kami adalah yang membawa kesejahteraan”

Aku terjeda. Adakah wujud peperangan yang membuahkan kesejahteraan?

“Adakah kamu meneliti Sirah Rasulullah SAW?”

“Muhammad bin Abdullah yang gila seks dan dahagakan darah itu?”

Terkoyak senyuman Mursyid. “Nyata kamu tidak mengenalinya. Kamu sekadar membaca tulisan orang-orang kamu, kemudian kamu menilainya dengan penilaian kamu. Bukankah itu tidak adil?”

Ya. Jujurnya, tidak adil. Aku mengetahui itu. Sekarang aku seakan terperangkap.

“Baginda Rasulullah SAW, berpesan kepada kami agar tidak memotong rumput dan kayu sebarangan jika berperang, tidak menganggu rumah ibadah, dan tidak memperapa-apakan perempuan dan anak kecil”

Aku terdiam. Begitukah?

“Dan kalau kamu ingin tahu, baginda Rasulullah SAW memaafkan semua kaum yang menyeksanya dahulu, ketika baginda telah berjaya menguasai kembali Makkah”

Aku terjeda sekali lagi.

“Bagaimana kamu boleh nyatakan bahawa baginda dahagakan darah?”

“Habis, kenapa ummat Islam hari ini mengganas? Membunuh orang, dan merosakkan kedamaian kehidupan masyarakat? Lihat apa terjadi pada negaraku hari ini. Kacau bilau dan ketakutan disebabkan orang Islam”

Mursyid kulihat tidak berubah wajah. Tetap tenang dan menyenangkan. Aku yang melihatnya juga, secara tidak langsung seakan tersapa dengan ketenangannya. Seakan-akan dia menghidupkan jiwaku yang selama ini kacau.

“Ketahuilah saudaraku…” Mursyid mengurut lembut bahuku. “Aku tidak percaya itu dilakukan oleh orang Islam yang betul-betul beriman kepada Allah SWT dan taat kepada rasul-Nya. Dan jika benar sekalipun orang Islam yang melakukan, maka itu bukan anjuran Islam. Dia telah terkeluar dari jalan Islam yang sebenar”

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Jika aku hendak menyalahkan agamanya kerana tindakan penganut, maka pastinya aku akan tertimpa dengan serangan ke atas agamaku pula. Bukan sedikit paderi-paderi yang terdedah melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur. Itu belum dikira dengan kempen menentang keganasan yang membuahkan lebih banyak kerosakan.

Kulihat Mursyid tersenyum. “Saudaraku, kami ini adalah yang berusaha untuk menonjolkan imej Islam yang bersih, agar kamu semua melihat kasih sayang Allah terhadap kamu. Rasulullah itu, datang dengan Islam, dan Islam itu membawa kesejahteraan pada seluruh ummat. Kami, sedang membuktikan itu”

Aku tunduk. Tujuan utama untuk memprovokasi umat Islam di kediamanku terpatah begitu sahaja.

“Jemput datang ke rumahku?”

“Eh?” Aku terkejut. Mursyid tetap dengan wajah yang berseri.

“Mari. Agar kamu berkenalan dengan keluargaku. Siapakah namamu wahai saudaraku?” Mursyid menghulurkan salam.

“Ru.. Ruben” Aku secara automatik menjabat. Seakan-akan ada kuasa ghaib menggerakkan tanganku.

“Ruben, mari.” Dia menarik tanganku lembut.

Seakan membawa jiwaku bersama dengannya.


*****


“Islam dengan orang Islam itu adalah dua perkara yang berbeza. Islam daripada Allah SWT, maka peraturannya solid dan sempurna. Tetapi pada masa yang sama, orang Islam adalah manusia yang mempunyai kelemahan. Ada yang berjaya memanifestasikan Islam, ada yang tidak berjaya. Tetapi masih lagi, jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup, ketenangan akan muncul dalam jiwa kita”

Itu kata-kata Mursyid ketika aku menziarahi rumahnya.

Rumahnya sangat bersih. Walaupun kecil, tetap membahagiakan. Entah kenapa, aku seakan terserap ke dalam syurga. Anak-anaknya baik dan beradab. Isterinya juga amat menjaga diri dan tidak terlalu bergaul denganku. Berbanding isteriku yang terdedah pada lelaki-lelaki lain dan anak-anakku yang langsung tidak beradab ketika berbicara denganku, aku terasa segan dengan Mursyid.

“Islam ini, pada mereka yang faham, adalah 24 jam, sepanjang 7 hari. Yakni setiap masa. Tiada rehat dalam menjadi hamba Allah SWT. Maka, setiap masa perlu kekal terikat dengan peraturan Islam”

“Adakah kamu semua tidak penat?”

“Apakah kebahagiaan itu satu kepenatan? Di dalam Islam ini, peraturannya, membuatkan kami bahagia” Mursyid mengusap kepala anaknya yang comel itu, sambil memandangku.

Aku tersengih bila mengingati bicaranya itu. Agamaku, hanya wujud di hari ahad. Malah, bila melakukan dosa, boleh pula diampunkan hanya dengan membayar wang. Dari satu sudut, aku melihat itu satu manipulasi gereja untuk mereka yang berdosa. Bagaimana manusia yang berdosa, yang tidak sempurna, boleh mengampunkan manusia lain?

“Kamu mempercayai Allah. Justeru, di mana Allah?” Soalan yang aku tertanya-tanya selama ini. Hairan dengan orang Islam yang mampu taat, sedangkan tuhan mereka tidak kelihatan.

“Kamu hidup selama ini dengan menyatakan wujudnya nyawa. Justeru, di manakah nyawa?” Mursyid menjawab soalanku dengan soalan.

Mataku membesar. Jiwaku rasa tertusuk. Perasaan apakah ini?

“Allah itu amat dekat dengan kita wahai Ruben. Dia adalah Pencipta kita. Yang paling memahami kita. Yang memenuhi hak-hak kita”

“Bagaimana dia boleh membahagikan masa pada ramai manusia di atas muka bumi ini? Aku tidak nampak logiknya” Aku masih ragu-ragu.

“Adakah Tuhan perlukan logik manusia? Dia itu Tuhan Ruben. Tuhan. Dia tidak terikat dengan hukum-hukum yang mengikat manusia serta makhluk-mahkluk lain”

Dia itu Tuhan Ruben… Dia itu Tuhan… Tuhan…

Aku rasa tertampar-tampar. Ya, apakah jika benda yang dipahat oleh manusia, boleh dikatakan sebagai Tuhan? Apakah yang memerlukan orang lain, boleh menjadi tuhan?

“Keistimewaan Islam, kami ada rasa hubungan yang dekat dengan Allah SWT. Dia ghaib, tapi kami beriman dengannya. Tanpa ragu. Menyebabkan kami sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa dan waktu dalam memenuhi amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya. Ini juga membuatkan kami tidak takut, tidak mudah berputus asa, dan tidak merasa lemah”

Aku tersengih sendirian.

Perbualan-perbualan dengan Mursyid, membuatkan aku banyak berfikir.

Adakah kepercayaan, hubungan dengan tuhan ini, menyebabkan mereka seperti apa yang aku nampak?

Tenang, kuat, mempunyai maruah dan setiasa berkeyakinan?

“Tidakkah Islam ini ideologi Muhammad bin Abdullah sahaja?”

Mursyid menggeleng. “Islam itu adalah daripada Allah SWT. Rahmat pada sekalian alam. Rasulullah SAW hanyalah manusia yang dihantar untuk menyampaikannya, dalam keadaan baginda menjadi contoh hidup sebagai bukti bahawa Islam itu mampu diimplementasikan manusia”

Hatiku bergetar.

Islam…

Allah…


******


Aku mengkaji dan mengkaji Al-Quran selepas perbualan dengan Mursyid tempoh hari. Mursyid yang menghadiahkanku Al-Quran terjemahan ke bahasa ibundaku sebagai hadiah semasa aku berpapasan dengannya.

“Di dalam Al-Quran ini, ada petunjuk”

“Aku bukan orang Islam”

“Tidak semestinya orang Islam sahaja yang perlu membaca Al-Quran”

Dan aku mula mengkaji. Perbincangan dan perbahasan dengan Mursyid tempoh hari membuatkan aku dahagakan kebenaran. Aku mula melihat betapa Islam ini adalah satu sistem hidup yang patut dijadikan panduan.

Aku yang awalnya mengkaji Al-Quran untuk mencari kelemahannya, kini tidak mampu lagi menahan perasaan hati yang akan bergetar hebat setiap kali membaca ayat-ayat yang dikatakan kalam tuhan itu.

Pertama kali mengkhatamkan terjemahannya, aku berkata di dalam jiwa:

“Ini bukan kalam manusia”

Semestinya. Aku tidak silap akan itu. Tiada kecacatan, malah pemilihan perkataan yang digunakan, adalah yang paling sesuai pada tempat yang hendak dinyatakan. Tiada percanggahan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Jika ada kekeliruan, sentiasa ada penjelasannya. Malah, satu sistem hidup yang cantik dapat dilihat daripada Al-Quran ini.

Aku jadi rasa tidak cukup, lantas aku mengkaji kehidupan Muhammad bin Abdullah. Aku selak hadith-hadithnya. Aku teliti perjalanan kehidupannya. Akhirnya aku tidak menjumpai apa yang dinamakan kecacatan.

Yang selama ini membuat tohmahan daripada kaumku, aku dapat merasakan mereka mempunyai niat yang busuk. Mereka sekadar memotong-motong juzu’ hidup Muhammad bin Abdullah ini, tanpa mengungkit pula bahagian lain yang mengimbangi tindakannya pada bahagian yang disebutkan tadi.

Yang ada hanya kebenaran.

Jiwaku seakan meronta-ronta.

Aku inginkan kebenaran!

Tuhan, apakah Kau membenarkan?

Sekarang aku mahu bukti yang terus daripada Tuhan yang bernama Allah ini.

Ya, aku ingin mencabarnya. Buktikan bahawa Dia benar. Aku tidak mahu mendengar kata orang lain. Aku tidak mahu bergantung pada buku. Aku sudah puas mengkaji. Sekarang, aku ingin Dia sendiri keluar membuktikannya kepadaku.


******


Aku duduk dikelilingi lilin. Sengaja kututup lampu bilikku, dan membiarkan tingkap terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan lilin itu meliang liuk. Aku membina satu medan yang dinamakan sebagai medan spiritual.

Aku percaya bahawa Allah itu ada di dimensi lain. Dan hendak memanggil-Nya keluar, aku kira perlu menggunakan cara ini.

Aku memegang Al-Quran, membaca-bacanya dalam bahasa arab mengikut ajaran Mursyid selama ini. Aku sudah boleh membaca Al-Quran dalam bahasa aslinya. Lebih menusuk, lebih memberikan kesan.

Sampai ke satu muka surat, aku berhenti. Aku mengambil nafas. Aku rasa sudah bersedia untuk memerhatikan tanda, keajaiban secara langsung daripada Allah SWT.

“Ya Allah!” Aku menjerit.

“Jika Engkau benar, maka berikan aku tanda!” Launganku keluar menerobos tingkap.

“Aku lihat Islam adalah agama yang baik, tetapi aku masih tidak cukup yakin. Sekarang, berikan aku tanda yang boleh membuatkan aku masuk ke dalam agama-Mu ini!”

Sunyi. Sepi. Aku sendiri dan tiada apa-apa berlaku. Di dalam kepalaku, aku mengharapkan lilin-lilin tadi menjadi api marak menjulang, atau rumah ini bergegar, atau dinding roboh secara tiba-tiba, atau ada makhluk datang memberitahu aku itu dan ini.

Tetapi tetap tiada apa yang berlaku.

“Allah, ini peluang kau. Kalau tak, aku tak akan menerima Islam ini” Aku mengugut.

Aku hendak Allah muncul sendiri, atau paling kurag menunjukkan tanda.

“Bukankah Kau sangat berkuasa Ya Allah. Tunjukkan kekuasaan-Mu itu sekarang!”

Masih sunyi sepi. Yang menemaniku hanya desiran angin yang mask melalui tingkap.

Aku menggeleng. Mungkin Allah sibuk. Itu fikiranku.

“Tak mengapa. Aku masih memberikan Kau peluang. Aku akan tunggu petanda Kau di sini, dan Aku tidak akan berganjak!” Aku bersemangat dan bertegas.

Maka, aku memilih untuk menyambung pembacaan Al-Quranku tadi.

Kuselak muka surat sebelah untuk menyambung pembacaan.

Ayat itu kubaca.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” Surah Al-Baqarah ayat 164.

Dunia seakan menjadi terlalu sunyi. Aku seakan terserap ke dalam alam lain. Bulu romaku meremang naik. Tubuhku bergetar hebat. Pada pemikiranku mula muncul awan tanpa tali, bumi yang berputar pada paksi tetapi tiada yang menjadi paksinya, planet-planet yang bergerak dengan kemas di dalam orbit tanpa berlanggaran, kitaran hidup haiwan dan tumbuhan, kitaran air, kadar udara yang sangat-sangat sempurna, peredaran darah di dalam tubuh manusia, dan 1001 lagi kejadian yang menakjubkan yang berlaku dalam kehidupan manusia.

Air mataku mencucur.

Allahuakbar.

Allahuakbar.

Allahuakbar.

Aku sujud.

“Sesungguhnya aku naik saksi, tiada tuhan melainkan Alla, dan Muhammad itu Utusan Allah”


******


Aku mengangkat kedua belah tanganku separas telinga, kemudian aku terkumat-kamit membaca Al-Fatihah dan ayat Al-Quran, kemudian aku mengangkat lagi kedua tanganku dan tunduk separuh tubuh, kemudian bangun semula dan sebentaar kemudian turun sujud. Kuulang semua itu sebanyak empat pusingan, kemudian kututup dengan menoleh kanan dan kiri sambil memberi salam.

Aku bertahmid, bertasbih dan bertakbir perlahan.

Tiba-tiba pehaku ditepuk lembut. Aku menoleh. Mursyid dengan senyuman manis. Aku membalas senyumannya.

“Mari ziarah ke rumahku petang ini” Mursyid mengajak.

Aku mengangguk. “Biar aku berdoa dahulu?”

“Baiklah” Mursyid kembali ke posisi duduk antara dua sujud.

Aku mengangkat tangan.

“Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat iman dan Islam yang telah Kau berikan kepadaku”

cretted by:
khilal asyraf
langit illahi.com